Batu yang dikatakan keras bagi penghuni chalet 104.2 gambar ini diambil di tempat yang bernama Gua Yunus yang terletak tidak jauh dari batu kiblat. Kami terpaksa mendaki batuan untuk sampai ke Gua Yunus.
Semasa kami tiba disini, kami dapati 2 orang sedang malakukan pemujaan. Menyedari kehadiran kami di situ, mereka terus lari meninggalkan barangan seperti yang dapat dilihat dalam gambar ini.
Oleh kerana waktu itu bertepatan dengan waktu solat Dhuha maka saya mengambil kesempatan turut solat diatasnya.
Apa yang tidak dapat saya lupakan, setelah selesai solat, ketika meneruskan kembali perjalanan mengelilingi pulau tersebut, saya telah terjumpa sejenis gamat berwarna putih ( jarang ditemui masa kini). Panjangnya lebih kurang 6cm. Saya terus memakannya kerana dikatakan khasiat bagi menyembuhkan penyakit dalaman badan.
No comments:
Post a Comment